Langkah pertama anda ke arah menurunkan berat badan!

Turunkan berat badan sebanyak 10-15% berat badan total dalam tempoh 4 bulan**
  • Tanpa pembedahan
  • Tanpa endoskopi*
  • Tanpa ubat bius
  • Tetap berkesan**

Untuk maklumat lanjut tentang Program Allurion, sila isi borang di bawah

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Apakah Program Allurion?

Prosedur yang singkat dan tidak invasif

Belon Allurion Elipse ialah satu-satunya belon gastrik yang tidak memerlukan pembedahan, endoskopi*, atau ubat bius ketika dimasukkan atau dikeluarkan. Belon ini dimasukkan melalui prosedur pesakit luar yang hanya mengambil masa 20 minit: nikmati sendiri manfaat-manfaat belon gastric tidak invasif yang pertama dan satu-satunya di dunia.

Sokongan 360 Darjah Untuk Anda

Program Allurion merupakan sebahagian daripada program penurunan berat badan yang menyeluruh dan direka khas untuk anda oleh doktor dan pakar pemakanan. Ditambah pula dengan Alat Timbang Bluetooth Allurion dan Aplikasi Telefon Pintar untuk memapar, mengikuti, dan berkongsi perkembangan anda.

Penurunan Berat Badan yang Pantas dan Berterusan

Secara purata, individu yang menggunakan Belon Elipse berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 hingga 15 kg sepanjang tempoh 6 bulan. Satu kajian klinikal yang melibatkan 95 orang individu telah menunjukkan bahawa 95% penurunan berat badan masih dikekalkan apabila dilakukan susulan selepas tempoh 12 bulan.

Bagaimana Fungsinya?

Sebiji kapsul yang mengandungi Belon Elipse ditelan dalam prosedur penempatan yang mengambil masa 20 minit

Selepas ditelan, belon akan diisi dengan cecair. Sepanjang belon berada di dalam perut, anda boleh kurangkan pemakanan tanpa berasa lapar

4 bulan selepas penempatan belon dilakukan, Belon Elipse akan kempis dengan sendiri dan disingkirkan daripada badan secara semulajadi.

Adakah Belon Allurion Elipse Selamat?

99%

Berjaya Menelan

Dakam satu kajian klinikal yang membabitkan 1623 orang individu, 99.9% telah berjaya menelan Elipse.

35,000

Belon Elipse

Telah pun membantu individu di seluruh dunia untuk mencapai berat badan yang lebih sihat.***

300+

Klinik di Seluruh Dunia

Lebih daripada 30 negara kini memberi peluang kepada beribu-ribu individu untuk mengubah kehidupan mereka dengan bantuan Allurion Elipse.

Program Penurunan Berat Badan Alllurion Merangkumi

Program 6 bulan Allurion ini merangkumi:

picto balloon stomach_3

Penempatan Belon Elipse

picto nutrition

Penjagaan susulan bersama pasukan penjagaan kesihatan anda - merangkumi juga sesi rundingan bersama pakar pemakanan yang boleh merancang pelan pemakanan khas untuk anda

picto digital

Alat timbang dan aplikasi telefon pintar daripada Allurion untuk merekodkan data BMI (indeks jisim badan), berat, lemak badan, dan lain-lain dalam masa nyata

Mengapa pilih Belon Allurion Elipse untuk membantu mengurangkan berat badan?

Panduan Ringkas Program Belon Elipse

Hetsie berkongsi perjalanan beliau bersama Elipse

Megan's experience after 2 months with Allurion's Elipse Program

Hari Pertama
Rawatan dimulakan dengan menelan kapsul vegetarian yang mengandungi Belon Elipse. Setelah kedudukan belon di dalam perut dipastikan melalui X-ray, belon akan diisi dengan cecair menerusi tiub kateter. Prosedur ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kemudian, X-ray yang kedua akan dilakukan untuk memastikan belon telah diisi dengan sepatutnya.
Minggu Pertama - Minggu Ke-16
Individu yang menempatkan Belon Elipse di dalam perut akan berasa seakan-akan kenyang. Kesannya, mereka boleh mengurangkan pemakanan. Mereka juga berpeluang mentabiatkan pengambilan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang lebih kecil. Menerusi alat timbang dan aplikasi telefon pintar Allurion, penjagaan susulan boleh dilakukan secara berterusan.
Minggu Ke-16
Selepas empat bulan, belon akan kempis dengan sendiri dan disingkirkan daripada badan secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang prosedur perubatan. Pada ketika ini, tabiat pemakanan sudah lebih terkawal. Pemakan dan gaya hidup sihat haruslah terus diamalkan bagi mengekalkan kawalan berat badan dalam jangka masa panjang.
Previous
Next

Ada soalan? Saya ingin maklumat lanjut.

Klinik di Malaysia

Prof. Dato Dr Nik Ritza Kosai

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

Hospital University Kebangsaan Malaysia (HUKM) / University Kebangsaan Malaysia Medical Centre

Dr Pok Eng Hong

KL Obesity Surgery

Dr. Kirubakaran A/L Malapan

Penang Weight Loss Clinic Gleneagles Hospital Penang

Dr. Abdul Gafoor Mubarak

AG Surgerys Island Hospital, Penang

Dr. Kelvin Voon

Loh Guan Lye Hospital, Penang

Dr. Satkunan Mark A/l Gnanapathy

Hospital Fatimah, Ipoh

Ambil langkah pertama anda

FAQ

Belon ini ditempatkan di dalam perut menerusi prosedur ringkas yang mengambil masa 20 minit. Anda perlu menelan kapsul buatan unsur sayuran yang mengandungi belon dalam keadaan kempis. Belon ini bersambungan dengan tiub yang halus. Setelah kapsul masuk ke dalam perut, anda akan menjalani X-ray untuk memastikan belon berada di kedudukan yang sepatutnya. Doktor kemudian mengisi belon dengan cecair melalui tiub halus tadi. X-ray akan dijalankan buat kali kedua untuk memastikan bahawa belon diisi dengan sepatutnya. Setelah belon diisi penuh, doktor akan mencabut tiub tersebut dan anda boleh terus ke fasa seterusnya.

Kebanyakan individu boleh menelan Belon Elipse tanpa sebarang masalah. Namun jika anda mengalami kesukaran, doktor boleh menggunakan dawai halus (stylet) untuk mengawal kapsul supaya mudah ditelan – tanpa memerlukan endoskopi atau ubat bius.

Purata penurunan berat badan ialah sebanyak 10 hingga 15kg dalam tempoh rawatan selama empat bulan

Belon ini akan diisi dengan air sebanyak 550ml.

Kebanyakan individu boleh kembali ke rutin biasa dalam masa satu hingga dua hari. Namun, sesetengah individu mengalami rasa loya, sakit pada bahagian abdomen, dan adakalanya muntah selepas penempatan belon. Lazimnya, gejala-gejala ini dapat dikawal dengan mengambil ubat yang diberi oleh doktor.

Program Allurion tidak memerlukan kawalan pemakanan secara ketat. Namun, bagi memanfaatkan program ini sepenuhnya, pakar pemakanan anda akan menyarankan pilihan makanan yang paling sesuai untuk tubuh badan anda dan serasi dengan penurunan berat badan yang ingin anda capai.

Selepas lebih kurang 4 bulan, belon akan kempis dengan sendiri melalui injap pelepas yang telah direka khas. Belon yang kempis akan disingkirkan daripada badan secara semulajadi semasa membuang air, tanpa memerlukan intervensi perubatan. Ada juga sesetengah individu yang memuntahkan belon, namun kes sebegini jarang berlaku.

Selepas belon disingkirkan daripada badan, Program Allurion dan sokongan daripada pasukan penjagaan kesihatan anda tidak berakhir begitu sahaja. Matlamatnya untuk membantu memperkukuh gaya hidup baru anda dan mengekalkan penurunan berat badan.

*Jika berlaku kecemasan, Belon Allurion mungkin perlu dikeluarkan melalui pembedahan atau endoskopi. Walaupun jarang berlaku, ada kemungkinan belon tidak disingkirkan melalui salur gastrousus selepas kempis, tetapi sebaliknya dimuntahkan. **Hasil akhir mungkin berbeza antara individu. Segelintir individu mungkin tidak menunjukkan kesan setelah menerima rawatan. ***pada Jun 2020 ****Belon Elipse perlu digunakan secara bergandingan dengan program pemakanan dan pengubahsuaian tingkah laku yang dipantau rapi. Allurion menyarankan program susulan selama 6 bulan. Tempoh program ini adalah berdasarkan penilaian doktor terhadap profil pesakit.

1Jamal et al. Obes Surg. 2019 Apr;29(4):1236-1241.

2Raftopoulos and Giannakou. SOARD. 2017 Jul;13(7):1174-1182.

3Al Sabah, S., et al. SOARD. 2018, 14(3), 311-317.

4Machytka E et al. Endoscopy. 2017 Feb;49(2):154-160.

5Genco et al. Obes Surg 2017,DOI 10.1007/s11695-017-2877-1

6Al-Subaie S et al. Int J Surg. 2017 Dec;48:16-22.

7Ienca et al. Submitted to SOARD. Abstract A278, presented at Obesity Week, 2018, Nashville, USA

8Genco et al. Abstract A185. Oral Presentation at Obesity Week, 2018, Nashville, USA

9Ienca et al. Abstract 237, presented at IFSO 2019, Madrid, Spain

10Raftopoulos et al. Abstract 1978. Presented at ACS 2019, San Francisco, United States

11Abu Dayyeh BK. Gastrointestinal Endoscopy. 2015; 82(3):425-438

12Clinical Trial Reports: DAA069 and DAA105

Untuk maklumat lanjut tentang Program Allurion, sila isi borang di bawah

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.